Online Diary おはようございます。: September 2012

Sunday 16 September 2012

bila bosan..

assalamualaikum~ fuh..payah jadi PMR Candy-date nieyh.. sume keje kene bereh bile ckgu bagi..tapi ta bereh gop..heheh... byk betol kuey rye ckgu bgi..ta terbuat da..hnye kmi yg bergelar pelajar je tau betapa hyper nye kami na kene wat sume tuh...esok dah nak balek?? huuhhuu...cuti 4 hari ase cam 2 hari je..
pape pon... tinggal bape hari je lgi na exam..debar gilerh nie..doakan sye yer"..mintak ampun..susun sepuloh jari da ni...ta cmpor jari kaki..hehhe...mintak halal yg terlebeh terkurang" okey..jam menunjukkan 1:45 pagi out dulu" papai!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

a story for u =)

Suatu hari, gadis kecil berumur 11 tahun itu demam panas. Ibu dan ayahnya mulai digamit kerisauan. Entah kenapa, panadol pun seolah-olah tidak memberikan kesan untuk mengurangkan demam anak mereka. Lantas si ibu dan sang ayah segera membawa anak gadis mereka ke hospital. Doktor memaklumkan si anak perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya si kecil tersebut mengalami pendarahan dalam p erut. Telahan awal mungkin kerana makan yang tidak menentu sebulan dua ni. Si ibu stay di hospital sementara si ayah pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan asas anaknya selama berada di wad. Pakaian dan sebagainya. -- Ayah membuka almari pakaian anaknya. Dilihat beg galas sekolah anaknya berisi sesuatu. Lantas dibuka zipnya dan diinterogasi. Tiba-tiba sang ayah menitiskan air mata. Dilihatnya ada dua pasang jubah. Disimpul kemas dengan reben tampak kreatif. Terselit nota kecil; "Assalamualaikum abah, ma. Ini hadiah Ramadan dari anakmu. Selama dua bulan ini adik mengikat perut untuk membelikan hadiah yang tak seberapa ini untuk abah dan ma. Jujur, adik iri hati pada seorang rakan ni. Waktu pulang dari sekolah, kelihatan ayah dan ibunya berjubah menjemputnya dari sekolah. Senang hati ini melihatnya. Tapi abah datang dengan seluar pendek, ma dengan tshirt dan jeans tanpa tudung di kepala datang menjemput di sekolah. Abah..ma..adik tidak bermaksud untuk menyakitkan hati abah dan ma. Terimalah hadiah dari adik ni untuk abah dan ma. Itupun jika abah dan ma sudi. Abah..ma..Kasih kita, kasih ke Syurga... Tulus - anakmu." --- Si ayah segera memecut ke hospital apabila menerima panggilan telefon dari si ibu. Katanya kritikal. Sesampainya di wad, kelihatan si ibu sudah teresak-esak. Dengan wajah hampa. Air mata duka. --- Hari ini, 15 Ramadhan. Kelihatan sepasang suami isteri dengan lengkap berjubah berjalan beriringan ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Biasanya bertiga. Tapi kali ini hanya berdua. Di hati tetap bertiga. Sampai bila-bila.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

assalamualaikum~ excited balek ni, rasmi surau baru" ngeeh~heheh.. lepas ni tade alasn na sodorm..huhu~>bukan saye lah..
p/s: Keselesaan baru di Surau Annur INTEK apabila kerja2 pemasangan tiles telah selesai dan dijangka boleh mula digunakan selasa depan. Pelajar2 digalakkan membawa sejadah sehelai seorang selepas balik bermalam ini. hahah...tambah tiles je kot..tapi okey lah kan? cantik ..surau An-Nur~ hahaha..tade keje..
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen