Online Diary おはようございます。: February 2016

Wednesday 17 February 2016

Couple? crush?

Jangan dabik dada

Assalamualaikum.

Apa pendapat kau pasal couple? Cinta? Crush?

'Saya tak main lah couple couple ni'

'Semua tu mengarut, tu kan jalan syaitan.'

Kata-kata kat atas ni selalu aku dengar, bahkan hati aku pun terdetik bermonolog macam ni. Biasanya yg kata begini adalah orang yg dah masuk dunia tarbiah, taubat tak couple dah. Atau mungkin, tak pernah couple.

Aku bukan bash sesiapa. Aku bash diri aku jugak sbnrnya, sbb, kadang kita lupa kekuatan hati tu Allah bagi. Kita jadi macam ni sebab Hidayah Allah.

Kuatnya kau bangun malam, Allah yg perkenankan.
Geliganya kau berfikir menyelesaikan masalah mad'u, Allah yg bagi ketajaman akal tu.

Serupa jugak kekuatan hati daripada mendekati zina, Allah yg tadahkan zat-Nya menguatkan kita.

Tapi kita leka.
Kita rasa dah selamat.
Kita rasa once dah berkawan dengan orang tarbiah, bergaul dengan orang karkun, dah pakai handsock dan sebagainya, kita selamat dari masuk ke lembah zina.

Sedangkan… yg berdakwah itu lah diuji Allah dengan ujian lagi kental.

Aku dah 6 tahun single. Tak available. Aku buang jauh-jauh kehendak nak couple sejak awal aku berhijrah lagi. Alhamdulillah lama bertahan.

Sehebat mana lelaki tu, hensem ke kaya ke lantang berbicara ke, aku dah pernah jumpa. Tapi hati tak hendak.

Beberapa kali juga lah para ikhwan cuba whatsapp aku, bermacam gaya 'islamik'. Alhamdulillah Allah kuatkan aku utk tidak reply.

Aku merasakan aku selamat.
Aku merasakan aku tak akan mudah jatuh cinta pada lelaki disebabkan setianya aku pada kesucian agama.

Ramai juga akhwat bertanya aku, bagaimana aku menjaga nafsu ku? Bagaimana aku menjaga diriku dari ikhtilat? Cukup kagum mereka terhadap aku smpai kadang-kadang aku bangga dalam senyap.

Tapi, Allah tak berhenti dari menguji.

Allah hadirkan seorang lelaki yang benar-benar alim, lelaki yang tidak sama dengan mana-mana lelaki 'alim mahupun abid yang pernah aku jumpa.

Tawadhu' nya.
Haya' nya.
Kelembutan bicaranya.
Ukhuwwah sucinya terhadap ikhwan lain dan sungguh jaraknya dia terhadap wanita.

Allah uji aku, dengan meletakkan lelaki itu bekerjasama denganku dalam suatu perkara.

Ku akui itu lah kali pertama aku jatuh cinta setelah 6 tahun tertutup hati dari mana-mana lelaki.

Disebabkan aku kagum dengan akhlak sunnah nya, aku jadikan dia role model aku dari jauh. Aku tak mahu cemarkan dia. Tidak pernah sesekali aku berbual perihal peribadi dengannya melainkan hal kerja.

Pada mulanya alhamdulillah, berkat aku mencontohi akhlak nya, pendekatanku terhadap Allah meningkat. Dan cara pergaulan aku terhadap akhwat lain pun jadi lebih baik.

Aku jadi semakin lembut.
Aku jadi semakin sayangkan Rasulullah disebabkan aku nampak demonstrasi akhlak baginda pada lelaki itu.

Tapi syaitan sentiasa menipu. Sentiasa menyesatkan.

Aku beritahu hal ni pada naqibah aku, bahawa aku terpikat pada dia. Dia lain dari yang lain.

Naqibah aku kata, aku ada dua pilihan. Sama ada minta ayah sampaikan hasratku pada dia, atau lepaskan dia kepada Allah yakni melupakannya (khuatir aku masih belum bersedia menjadi isteri).

Aku lihat diri aku, aku bukan saja masih tak bersedia menjadi isteri. Malah, aku masih belum mencapai cita-cita aku. Jadi terpaksa aku diamkan hasrat.

Tapi… aku berat hati utk melupakannya kerana aku rasa, dia lah paling bagus, paling layak jadi suami.

Jadi, aku pun biarkan nasihat naqibah aku yg kedua, iaitu, melepaskan dia pada Allah.

Aku masih memerhati dia dari jauh. Aku masih menunggu suara azan dia di masjid. Aku masih melihat gerak geri dia utk dijadikan contoh.

Bagi aku, apa lah sangat kalau sekadar mengkagumi?

Dalam beberapa minggu, hati suci dari noda. Hati ini merasakan rindu pada Rasulullah setiap kali nampak dia.

Tapi setelah sebulan, dua bulan, tiga bulan…

Semakin ramai akhwat menyukainya. Aku jadi cemburu bila ada akhwat lain berurusan dengannya. Aku jadi tak keruan bila dia sibuk berbicara mengenai kerja dengan akhwat lain.

Hati dah lain. Berbeza dari awalnya. Kalau dahulu mengingatinya ketika hendak beribadah, kini aku mengingatinya ketika aku hendak masak, makan, tidur, bekerja dan sebagainya.

Bahkan, sehing
ga mimpi akannya.

Astaghfirullah..

Kini solat aku lambat kerana asyik stalk laman blog nya, stalk laman facebooknya, cuba berlumba dengan akhwat lain diam-diam untuk menjadi muslimah terbaik di hadapannya.

Allah, sakitnya hati aku.

Syaitan berjaya menarik aku ke dalam perangkapnya. Zahirnya aku masih tampak tidak 'dicela'. Masih dikagumi akhwat lain atas kekuatanku melawan zina. Tapi… hakikatnya, lemahnya aku kini hanya Allah yang tahu.

Oh ya.

Beberapa minggu yang lepas aku baru tahu bahawa dia sudah berkahwin. Isterinya belajar di Mesir sebab tu nampak seperti dia bujang. Isteri jauh di perantauan rupanya.

Balik dari kerja, aku terus jadi tak tentu arah. Aku terlalu sukakan dia.

Sehingga aku tak makan.
Lambatkan solat.
Mula stalk lelaki 'alim yg lain pula utk menutup cemburu meluak-luak itu.

Aku menangis akhirnya.

Entah lah.. mgkin orang yang membaca pasti akan ketawa dengan apa yg aku luahkan. Syok sendiri, cemburu buta, tak matang…

Tapi aku sedang dalam proses membina kembali iman yg runtuh hanya kerana crush. Si dia langsung tak salah apa-apa. Dia tidak pernah melayanku lebih-lebih, bicaranya kami atas soal kerja.

Tapi aku yg menaruh hati padanya sehingga aku menepis nasihat naqibah supaya jangan fikirkannya lagi sekiranya benar aku tidak berniat utk menjadi isterinya buat masa terdekat ini. Aku yg degil.

Akhirnya jadi macam ni. Sengsara. Nak bina iman balik… separuh mati.

Aku berpuasa dah masuk 5 hari. Demi mencapai kembali khusyukku terhadap Allah.

Ya Allah.

Selama ni aku bangga dengan kekuatanku. Bangga dengan kekebalan aku yg sementara terhadap budaya couple, crush.

Memang benar aku tak pandang lagi ex aku. Telah lama aku tinggalkan budaya stalk men stalk. Lama dah aku tak menaruh harapan pada siapa-siapa.

Selama ni bila orang couple, aku kata pada dia,

'Jangan jadi murah sangat jual cinta kat orang'

'Jangan lemah sangat jatuh hati kat orang'

'Crush hanya utk orang yang leka je'

Dan sebagainya, tapi jarang sekali aku mengatakan pada diri aku, 'Na'uzubillahi Min Zalik'.

Jarang sekali aku mohon Allah lindungi aku dari terjebak seperti mereka kerana aku fikir aku selamat. Aku fikir aku dah selamat.

Rupanya tidak.

Allah uji dalam lagi.

Mgkin benar aku takkan jatuh suka pada mereka yg zahirnya bermaksiat. Tapi mcm mana dgn hamba Allah yg baik itu? Jauh sekali dia menggodaku. Cuba mengayat aku.

Tapi kenapa masih aku suka padanya dan mimpi-mimpi nafsu mengenainya?

Istighfar.

Aku tewas dalam ujian Allah. Meski bagi kau yang membaca, crush itu sesuatu perkara yg kecil. Percaya lah, ia memberi impak terhadap hidup kau.

Allah cemburu kita sayang orang lain melebihi Dia. Bukan hanya Dia cemburu apabila kita bercouple, tapi Dia cemburu bila kita letak seseorang dalam hati kita 'seiring' dengan Nya.

Nah, jangan lah kau tipu kau sayang Allah lebih daripada crush. Kalau benar begitu, bagaimana kau mampu memikirkannya ketika kau hendak beribadah? Yg sepatutnya ketika itu kau fikirkan Allah sahaja jika benar kau sayang Allah melebihi segalanya!

Sedih. Terlalu sedih.

Dan tatkala sedih ini aku masih nampak akhwat sepertiku mendabik dada, bahawa dirinya tidak akan jatuh dalam budaya crush, bercouple dan sebagainya.

Akhwat sekalian, meski ikhwan sekalipun, sebagaimana kuat kita beribadah, kita masih punya rehat. Kita masih tidur. Kita makan. Mandi.

Jika ayat 'Allah sentiasa melihat dan menguji' itu sudah cliche dalam hati kau.

Maka baca ini:

Syaitan tak pernah ada cuti selain Ramadhan. Dan syaitan juga sentiasa bersama kita.

Jika kau merasakan kau tidak couple kerana kau sudah kuat, kerana kau sudah alim, kerana kau sudah selamat…

Percaya lah. Syaitan sedang ketawa menepuk tangan, mereka sedang menang.

#Valentine Notes
#Research And Development (RnD) Unit,  Sahabat Yadim Universiti Malaya (SYUM)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 12 February 2016

Duniawi Vs Ukhrawi

Assalamualaikum.
Banyak sikit benda yg saya post harini. Tiba tiba emosi tk stabil. Biasalah, aku hanya insan biasa yg tk lari dari kesilapan. Nabi pun Maksum, Allahu. Kenapa tajuk duniawi Vs Ukhrawi?
Aku ada cerita yg aku nak sampaikan.  Dan ada moralnya tersendiri. Jangan kau menilai seseorg itu dari dirinya yg lampau.  Bukan permintaan dia untuk pilih jalan tu. Aku sendiri ada masa lampau aku sendiri dengan penuh kejahilan. Malunya aku nk berhadapan dengan Allah s.w.t dan hambaNya yg terpilih. Hinanya aku. Banyak dosa yg aku buat. Contoh kecil yg aku nk ambil,  benda yg kite rasa kecik. Ringan. Kita ambil tk endah. Kan? Waima aku pun sama. Yerlah, lalai. Leka dgn gadget, tengok cerita korea, dengar lagu.  Kononnya sweet lah sgt kan. Haih lah hati, lekanya kau pada kisah dunia ini. Bagaimana kalau dihimpunkan di padang masyar nanti?  Berapa banyak dosa yg dh terkumpul?  Berapa berat timbangan AlMizan aku? Dosa lagi banyak atau pahala? ALLAHU, AKU TAK KUAT. Nanti, org yg aku berhutang. Aku lupa langsaikan akn datang dekat aku, dan akan tuntut dengan pahala. Tu pon kalau aku ada pahala. Kalau takde, tanggung lah pula dgn dosa mereka yg aku hutang. Begini sekali jadinya. Itu baru berkaitan hutang. Sakitkan hati manusia? Ibu bapa, cikgu, kawan kawan? Ahli keluarga?  Banyak lagi dosa yg kite buat tanpa kite sedar. Aku sendiri banyak kelemahan, sama sama kita perbaiki diri. Tarik aku ke JannahMu, Ya Allah. 😢

Melawan nafsu, baik LELAKI, MAHUPUN PEREMPUAN.
Kita sedia tahu perempuan,  Allah kurniakan 9nafsu,1akal. Lelaki, sebaliknya.  9akal, 1nafsu. Mampu kah kita mengawal nafsu kita dengan sebaiknya???  Tepuk dada, tanya iman.
***************************************


"akak, i'm getting addicted to pornography."

my heart stopped beating a second. i just could not utter a word. istighfar istighfar. I tried to calm myself first.

"since when.. adik?" trying to understand her.

"i dont know, its just happened. and yes, i'm ashamed of myself. of my clothes. of everyone. of Rasulullah. of Allah. i just felt that, i dont deserve a life." and she started to cry.

my tears fell. i quickly shed my tears and hugged her.

"istighfar dik.. istighfar.." and she cried a river till she fell asleep.

***

"akak..."

"heyya princess. dah ready nak open up?"

"adik malu."

"siapa je yang tak malu, bila buat dosa. akak tak paksa, tapi kalau adik dah ready, my ears is all yours." sengih.

"it first happened when my friend suggest me to watch a Korean Movie. mmg la its JUST a movie. but the scene at times, is too much. mula2, adik skip part yang ada scene mengarut tu. tapi lama2, nafsu kak. nafsu."

"and then, macam mana sampai boleh addicted?"

"wallahi, adik malu nak cakap. tapi, bila tengok scene2 yang macamtu, it feels like i'm so into it. akak.. i even searched for another movie. and sampai kadang2, i dont really watched the whole movie, but just some part which make my nafs satisfied..." and the tears fell again.

"adik.."

"adik malu dengan diri adik. keluarga adik orang baik2. adik malu dengan Rasulullah. adik malu dengan Allah. adik tak rasa Allah mampu maafkan adik.."

"adik...."

"adik bawa dakwah. kononnya atas nama Islam. seru orang jangan buat maksiat. tapi adik.. adik lagi teruk dari orang yang tak tutup aurat. adik buat dosa sembunyi2. adik malu bila orang tau adik buat dosa. sesak kak.. sesak dada ni."

"adik, look.."

"i tried to stop. but i can't. it keeps haunting me. kalau tak tengok, adik rasa tak senang duduk. solat adik dah payah nak focus. Quran pun dah lama tak baca. akak, Allah dah benci sangat ke kat adik sampai Dia tak gerakkan pun adik buat benda2 baik..." and now, she's crying even louder.

"adik, look at me." i faced her and look into her eyes. bengkak. ni tangisan Iman. ni tangisan yang nak kembali pada Allah. adik, alhamdulillah.

"akak..."

"yes...?"

"adik nak sayang Allah macam dulu... and even better.."

"dan, you are a step closer to it, now." senyum. "adik akak sayang.. takpe. people make mistakes, kan? sekarang.. adik janji dgn akak dan janji dgn Allah, taknak buat dah. nak taubat sungguh2. mula2, memang sesak dik. nak berubah totally tu mustahil, tapi kalau slow2, insha Allah. adik sibukkan diri dengan benda2 agama. adik kena selaalu dampingi orang yang baik2. tak boleh duduk sorang2."

"susah kak..."

"senang.. senang insha Allah. Allah akan bantu sayang. hatta sang perokok tegar pun boleh berubah, boleh berhijrah dah tak merokok. its hard as hell at first, but the ending is too sweet."

"what if i fail again?"

"now, let me ask you. tahu kenapa pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba2 Nya? sebab.. Allah tahu, manusia ni hamba yang lemah. ada Iman. ada nafsu. kadang2 jatuh. jadi, bila kita jatuh, buat dosa, kita boleh kembali pada dia. tapi kena ingat, ada risiko nya jugak. jangan ingat heaven la boleh tobat pastu buat dosa balik. kena ingat satu hal, MATI tak kira bila."

tangisnya kian reda.

"sekarang, adik solat sunat taubat. cari balik hati yang cintakan Allah tu. cari balik kemanisan Iman tu. nangis la nak nangis pun. ngadu kat Allah. Allah masih sayang kan kita, sebabtu Dia bagi kesedaran. alhamdulillah, kita sedar. tandanya, masih ada Iman. Insha Allah."

the conversation paused and they stayed for Qiamullail together.

***

siapa sangka, yang dah hijrah, yang dah sedia terisi dengan benda2 agama, yang selalu turun dakwah dengan aku, yang sama sama usrah, jugak boleh terlibat dengan benda2 macamni?

sebab hidayah tu milik Allah.

tak kira siapa pun ko,
mungkin, ko akan kembali terpesong.
mungkin juga, ko akan kembali padaNya.

***

say a BIG NO to maksiat.

no matter what movies, no matter what scene you watched, if it makes you away from Allah, and getting addicted to anything related to something so-called-porno, stop it. its damaging your heart. your Iman.

cleanse your heart.

buat adik, kakak, abang, yang ada masalah macam ni,

kalau mampu, nikahlah.
kalau rasa tak tahan, puasalah.

moga adik teruskan dengan penghijrahan. moga kita semua juga. jom kuat lawan nafsu! 💪
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Buat nasihat pada diri.

Empat Masalah dan jalan PenyelesaianNya..

أربعة مشاكل وأربعة حلول

1- Jika Engkau diuji dengan Syahwat dan hawa Nafsu, maka periksalah SolatMu.

Firman Allah bermaksud: "Maka datang sesudah mereka suatu keturunan yang mereka telah melalaikan solat dan memperturutkan Syahwat hawa Nafsunya" [Q.S. Maryam: 59]

إذا ابتُليت بالشهوات فراجع حفاظك على الصلوات
{فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ}

2- Jika Engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganMu dengan ibumu dan baktimu kpdNya.

Firman Allah bermaksud: "Dan (Dia jadikan aku) berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka" [QS. Maryam: 32]

إذا أحسست بالقسوة وسوء الخلق والشقاء وعدم التوفيق
فراجع علاقتك وبرك بأمك
{وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا}

3- Jika Engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka Periksalah hubunganMu dengan Al-Qur'an.

Firman Allah bermaksud: "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur'an- berdzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit" [Q.S. Thaha: 124]

إذا شعرت بالإكتئاب والضيق والضنك في العيش
فراجع علاقتك بالقرآن
{وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا}
Dan...

4- Jika Engkau merasa kurang tegar dan teguh di atas kebenaran dan sentiasa rasa terganggu dan berasa gelisah, Maka periksalah bagaimana perhatianMu terhadap nasihat yg engkau dengar dari orang2 yg menyampaikan Nasihat kpdMu.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menjadikan Iman mereka menjadi TEGUH” [Q.S. Annisa: 66]

إذا أحسست بعدم الثبات على الحق والإضطراب
فراجع تنفيذك وفعلك لما تسمعه من المواعظ
{وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً }

Moga moga Allah memelihara kita semua.. Aminn. ❤
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kumpulan Mahfudzat (Pribahasa Arab )

Kumpulan Mahfudzat (Pribahasa
Arab )
.1 ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ
.1 Barang siapa berjalan pada jalannya sampailah ia
.2 ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ
.2 Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia.
.3 ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ
.3 Barang siapa sabar beruntunglah ia.
.4 ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ
.4 Barang siapa sedikit benarnya/kejujurannya, sedikit
pulalah temannya.
.5 ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ
.5 Pergaulilah orang yang jujur dan menepati janji.
.6 ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ
.6 Kecintaan/ketulusan teman itu, akan tampak pada waktu
kesempitan.
.7 ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ
.7 Tidak kenikmatan kecuali setelah kepayahan.
.8 ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ
.8 Kesabaran itu menolong segala pekerjaan.
.9 ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ
.9 Cobalah dan perhatikanlah, niscaya kau jadi orang yang
tahu.
.10 ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ
.10 Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang kubur.
.11 ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ
.11 Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.
.12 ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ
.12 Waktu itu lebih mahal daripada emas.
.13 ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ
.13 Akal yang sehat itu terletak pada badan yang sehat.
.14 ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ
.14 Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku.
.15 ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ
.15 Barang siapa menanam pasti akan memetik (mengetam).
.16 ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ
.16 Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu
kepada kebaikan.
.17 ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ
.17 Seandainya tiada berilmu niscaya manusia itu seperti
binatang.
.18 ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮِ
.18 Ilmu pengetahuan diwaktu kecil itu, bagaikan ukiran di
atas batu.
.19 ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ
.19 Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu.
.20 ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ
.20 Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.
.21 ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮ
.21 Ilmu tiada amalan bagaikan pohon tidak berbuah.
.22 ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ
.22 Bersatu adalah pangkal keberhasilan.
.23 ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً
.23 Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah
penolong baginya.
.24 ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ
.24 Kemuliaan itu dengan adab kesopanan, (budi pekerti)
bukan dengan keturunan.
.25 ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَﺎﻥِ
.25 Keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya
(perkataannya).
.26 ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ
.26 Adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada
emasnya.
.27 ﺳُﻮْﺀُ ﺍﻟﺨُﻠُﻖِ ﻳُﻌْﺪِﻱ
.27 Kerusakan budi pekerti/akhlaq itu menular.
.28 ﺁﻓَﺔُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﺍﻟﻨِّﺴْﻴﺎَﻥُ
.28 Bencana ilmu itu adalah lupa.
.29 ﺇِﺫَﺍ ﺻَﺪَﻕَ ﺍﻟﻌَﺰْﻡُ ﻭَﺿَﺢَ ﺍﻟﺴَّﺒِﻴْﻞُ
.29 Jika benar kemauannya niscaya terbukalah jalannya.
.30 ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣَﻦْ ﺩُﻭْﻧَﻚَ ﻓَﻠِﻜُﻞِّ ﺷَﻴْﺊٍ ﻣَﺰِﻳَّﺔٌ
.30 Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada
kamu, karena segala sesuatu itu mempunyai kelebihan.
.31 ﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻧَﻔْﺴَﻚَ ﻳَﺼْﻠُﺢْ ﻟَﻚَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ
.31 Perbaikilah dirimu sendiri, niscaya orang-orang lain akan
baik padamu.
.32 ﻓَﻜِّﺮْ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﺰِﻡَ
.32 Berpikirlah dahulu sebelum kamu berkemauan
(merencanakan).
.33 ﻣَﻦْ ﻋَﺮَﻑَ ﺑُﻌْﺪَ ﺍﻟﺴَّﻔَﺮِ ﺍِﺳْﺘَﻌَﺪَّ
.33 Barang siapa tahu jauhnya perjalanan, bersiap-siaplah ia.
.34 ﻣَﻦْ ﺣَﻔَﺮَ ﺣُﻔْﺮَﺓً ﻭَﻗَﻊَ ﻓِﻴْﻬَﺎ
.34 Barang siapa menggali lobang, akan terperosoklah ia di
dalamnya.
.35 ﻋَﺪُﻭٌّ ﻋَﺎﻗِﻞٌ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺻَﺪِﻳْﻖٍ ﺟَﺎﻫِﻞٍ
.35 Musuh yang pandai, lebih baik daripada teman yang bodoh.
.36 ﻣَﻦْ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺣْﺴَﺎﻧُﻪُ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧُﻪُ
.36 Barang siapa banyak perbuatan baiknya, banyak pulalah
temannya.
.37 ﺍِﺟْﻬَﺪْ ﻭَﻻَ ﺗَﻜْﺴَﻞْ ﻭَﻻَ ﺗَﻚُ ﻏَﺎﻓِﻼً ﻓَﻨَﺪَﺍﻣَﺔُ ﺍﻟﻌُﻘْﺒﻰَ ﻟِﻤَﻦْ ﻳَﺘَﻜﺎَﺳَﻞُ
.37 Bersungguh-sungguhlah dan jangan bermala-malas dan
jangan pula lengah, karena penyesalan itu bagi orang yang
bermalas-malas.
.38 ﻻَ ﺗُﺆَﺧِّﺮْ ﻋَﻤَﻠَﻚَ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻐَﺪِ ﻣَﺎ ﺗَﻘْﺪِﺭُ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﻤَﻠَﻪُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡَ
.38 Janganlah mengakhirkan pekerjaanmu hingga esok hari,
yang kamu dapat mengejak annya hari ini.
.39 ﺍُﺗْﺮُﻙِ ﺍﻟﺸَّﺮَّ ﻳَﺘْﺮُﻛْﻚَ
.39 Tinggalkanlah kejahatan, niscaya ia (kejahatan itu) akan
meninggalkanmu.
.40 ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺃَﺣْﺴَﻨُﻬُﻢْ ﺧُﻠُﻘﺎً ﻭَﺃَﻧْﻔَﻌُﻬُﻢْ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ
.40 Sebaik-baik manusia itu, adalah yang terlebih baik budi
pekertinya dan yang lebih bermanfaat bagi manusia.
.41 ﻓﻲِ ﺍﻟﺘَّﺄَﻧِّﻲ ﺍﻟﺴَّﻼَﻣَﺔُ ﻭَﻓﻲِ ﺍﻟﻌَﺠَﻠَﺔِ ﺍﻟﻨَّﺪَﺍﻣَﺔُ
.41 Di dalam hati-hati itu adanya keselamatan, dan di dalam tergesa-gesa itu adanya penyesalan.
.42 ﺛَﻤْﺮَﺓُ ﺍﻟﺘَّﻔْﺮِﻳْﻂِ ﺍﻟﻨَّﺪَﺍﻣَﺔُ ﻭَﺛَﻤْﺮَﺓُ ﺍﻟﺤَﺰْﻡِ ﺍﻟﺴَّﻼَﻣَﺔُ
.42 Buah sembrono/lengah itu penyesalan, dan buah cermat itu keselamatan.
.43 ﺍﻟﺮِّﻓْﻖُ ﺑِﺎﻟﻀَّﻌِﻴْﻒِ ﻣِﻦْ ﺧُﻠُﻖِ ﺍﻟﺸَّﺮِﻳْﻒِ
.43 Berlemah lembut kepada orang yang lemah itu, adalah suatu perangai orang yang mulia (terhormat).
.44 ﻓَﺠَﺰَﺍﺀُ ﺳَﻴِّﺌَﺔٍ ﺳَﻴِّﺌَﺔٌ ﻣِﺜْﻠُﻬَﺎ
.44 Pahala/imbalan suatu kejahatan itu adalah kejahatan yang sama dengannya.
.45 ﺗَﺮْﻙُ ﺍﻟﺠَﻮَﺍﺏِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺠَﺎﻫِﻞِ ﺟَﻮَﺍﺏٌ
.45 Tidak menjawab terhadap orang yang bodoh itu adalah jawabannya.
.46 ﻣَﻦْ ﻋَﺬُﺏَ ﻟِﺴَﺎﻧُﻪُ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧُﻪُ
.46 Barang siapa manis tutur katanya (perkataannya) banyaklah temannya.
.47 ﺇِﺫَﺍ ﺗَﻢَّ ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﻗَﻞَّ ﺍﻟﻜَﻼَﻡُ
.47 Apabila akal seseorang telah sempurna maka sedikitlah bicaranya.
.48 ﻣَﻦْ ﻃَﻠَﺐَ ﺃَﺧًﺎ ﺑِﻼَ ﻋَﻴْﺐٍ ﺑَﻘِﻲَ ﺑَﻼَ ﺃَﺥٍ
.48 Barang siapa mencari teman yang tidak bercela, maka ia akan tetap tidak mempunyai teman.
.49 ﻗُﻞِ ﺍﻟﺤَﻖَّ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺎﻥَ ﻣُﺮًّﺍ
.49 Katakanlah yang benar itu, walaupun pahit.
.50 ﺧَﻴْﺮُ ﻣَﺎﻟِﻚَ ﻣَﺎ ﻧَﻔَﻌَﻚَ
.50 Sebaik-baik hartamu adalah yang bermanfaat bagimu.
.51 ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷُﻣُﻮْﺭِ ﺃَﻭْﺳَﺎﻃُﻬَﺎ
.51 Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya (yang sedang saja).
.52 ﻟِﻜُﻞِّ ﻣَﻘَﺎﻡٍ ﻣَﻘَﺎﻝٌ ﻭَﻟِﻜُﻞِّ ﻣَﻘَﺎﻝٍ ﻣَﻘَﺎﻡٌ
.52 Tiap-tiap tempat ada kata-katanya yang tepat, dan pada setiap kata ada tempatnya yang tepat.
.53 ﺇِﺫﺍَ ﻟﻢَ ْ ﺗَﺴْﺘَﺤْﻲِ ﻓَﺎﺻْﻨَﻊْ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺖَ
.53 Apabila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu (apa yang engkau kehendaki).
.54 ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟﻌَﻴْﺐُ ﻟِﻤَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓَﻘِﻴْﺮًﺍ ﺑَﻞِ ﺍﻟﻌَﻴْﺐُ ﻟِﻤَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﺑَﺨِﻴْﻼً
.54 Bukanlah cela itu bagi orang yang miskin, tapi cela itu terletak pada orang yang kikir.
.55 ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟﻴَﺘِﻴْﻢُ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻗَﺪْ ﻣَﺎﺕَ ﻭَﺍﻟِﺪُﻩُ ﺑَﻞِ ﺍﻟﻴَﺘِﻴْﻢُ ﻳَﺘِﻴْﻢُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﻭَﺍﻷَﺩَﺏِ
.55 Bukanlah anak yatim itu yang telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) yatim itu adalah yatim ilmu dan budi pekerti.
.56 ﻟِﻜُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ ﺛَﻮَﺍﺏٌ ﻭَﻟِﻜُﻞِّ ﻛَﻼَﻡٍ ﺟَﻮَﺍﺏٌ
.56 Setiap pekerjaan itu ada upahnya, dan setiap perkataan itu ada jawabannya.
.57 ﻭَﻋَﺎﻣِﻞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺱَ ﺑِﻤَﺎ ﺗُﺤِﺐُّ ﻣِﻨْﻪُ ﺩَﺍﺋِﻤﺎً
.57 Dan pergaulilah manusia itu dengan apa-apa yang engkau sukai daripada mereka semuanya.
.58 ﻫَﻠَﻚَ ﺍﻣْﺮُﺅٌ ﻟَﻢْ ﻳَﻌْﺮِﻑْ ﻗَﺪْﺭَﻩُ
.58 Hancurlah seseorang yang tidak tahu kadar dirinya sendiri.
.59 ﺭَﺃْﺱُ ﺍﻟﺬُّﻧُﻮْﺏِ ﺍﻟﻜَﺬِﺏُ
.59 Pokok dosa itu, adalah kebohongan.
.60 ﻣَﻦْ ﻇَﻠَﻢَ ﻇُﻠِﻢَ
.60 Barang siapa menganiaya niscaya akan dianiaya.
.61 ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟﺠَﻤَﺎﻝُ ﺑِﺄَﺛْﻮَﺍﺏٍ ﺗُﺰَﻳِّﻨُﻨُﺎ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺠَﻤَﺎﻝَ ﺟﻤَﺎَﻝُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﻭَﺍﻷَﺩَﺏِ
.61 Bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghias kita, sesungguhnya kecantikan itu ialah kecantikan dengan ilmu dan kesopanan.
.62 ﻻَ ﺗَﻜُﻦْ ﺭَﻃْﺒﺎً ﻓَﺘُﻌْﺼَﺮَ ﻭَﻻَ ﻳَﺎﺑِﺴًﺎ ﻓَﺘُﻜَﺴَّﺮَ
.62 Janganlah engkau bersikap lemah, sehingga kamu akan diperas, dan janganlah kamu bersikap keras, sehingga kamu akan dipatahkan.
.63 ﻣَﻦْ ﺃَﻋﺎَﻧَﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺸَّﺮِّ ﻇَﻠَﻤَﻚَ
.63 Barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu .
.64 ﺃَﺧِﻲ، ﻟَﻦْ ﺗَﻨَﺎﻝَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﺇِﻻَّ ﺑِﺴِﺘَّﺔٍ ﺳَﺄُﻧْﺒِﻴْﻚَ ﻋَﻦْ ﺗَﻔْﺼِﻴْﻠِﻬَﺎ ﺑِﺒَﻴَﺎﻥٍ : ﺫََﻛﺎﺀٌ ﻭَﺣِﺮْﺹٌ ﻭَﺍﺟْﺘِﻬَﺎﺩٌ ﻭَﺩِﺭْﻫَﻢٌ ﻭَﺻُﺤْﺒَﺔُ ﺃُﺳْﺘَﺎﺫٍ ﻭَﻃُﻮْﻝُ ﺯَﻣَﺎﻥٍ
.64 Saudaraku! Kamu tidak akan mendapatkan ilmu, kecuali dengan enam perkara, akan aku beritahukan perinciannya dengan jelas :
1). Kecerdasan
2). Kethoma'an (terhadap ilmu)
3). Kesungguhan
4). Harta benda (bekal)
5). Mempergauli guru
6). Waktu yang panjang.
.65 ﺍﻟﻌَﻤَﻞُ ﻳَﺠْﻌَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻌْﺐَ ﺳَﻬْﻼً
.65 Bekerja itu membuat yang sukar menjadi mudah.
.66 ﻣَﻦْ ﺗَﺄَﻧَّﻰ ﻧَﺎﻝَ ﻣَﺎ ﺗَﻤَﻨَّﻰ
.66 Barang siapa berhati-hati niscaya mendapatkan apa-apa yang ia cita-citakan.
.67 ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻭَﻟَﻮْ ﺑِﺎﻟﺼَّﻴْﻦِ
.67 Carilah/tuntutlah ilmu walaupun di negeri cina.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 11 February 2016

lawatan kerjaya


Pehhh, berhabuk blog ni. tiup sikit sikit.fuhhh fuhhh.
so, this time entry pasal ape pulak? susah kot, cik Wan Alia nk hupdate belog kesayangan ni. buat julung kalinya, saya update. HAhahhaha. kalau update ni, mesti adalah ceritanya. nak share kisah ke, pengalaman ke ,kannn ????? Eh wait!  tu atas tu. title dh bagitahu. entry kalini pasal Lawatan Kerjaya. Actually, dah lame. tp tak kira. belek punya belek album td jumpa gambar lawatan Kerjaya under Matrikulasi Pahang.

Batch 98 dh decide belum  nak masuk mana? semua mesti tunggu result kan? kalau ikut sedap hati je pilih mmg tak lah. sebab, nak masuk IPTA/IPTS/Matrikulasi kena based on results awak semua.  so, saya sarankan tunggu result, then buat istikharah. InshaaAllah berjaya. K, dah meleret leret aku bebel.
EVENT : LAWATAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.
Around 65 students & 15 staff Kolej sertai.
50 perempuan & 15 lelaki. Tu pon, macam wujud tak wujud je, kehkehkehhh.
Guna 2 Bas je beb. padat dan mutakhir.



       ***sebelum lawatan***
    see... around the world gittew uolls lawatan ni..
hahhahaa. but, yang ni around Malaysia. Alhamdulillah. Allah S.W.T bagi aku kesempatan dpt lah joined event ni. Before PSPM 1, keluar berita lawatan ni. Berebutlah ramai ramai student KMPh. waktu tu aku jalan nk balik Bilik. Memang baca kat info best ah kan program ni. Tapi terhad wei.  lepastu dapat tahu pulak  tempat terhad tu dah full. Aku pon pasrah lah kan. sebab menyesal tak pergi awal awal jumpa kauselor. kalau tak mmg aku dapat dah pergi. huhuuu. tu cerita awal awal before daftar lah kan. 

One week lepas dah kecoh semua pasal program tu. aku buat dunno jelah. jealous kot dekat yg pergi tu. pehal kan. hahhaa. tapi takpe. aku bersedia fizikal dgn mental .sebab PSPM 1 dah nak dekat. serabut aku jeles jeles ni.  satu hari tu, dapat What'sapp dari kawan aku. dia tanya siapa nk pergi lawatan ganti kawan dia. ada hal katanya. aku pon macam terdetiklah kan. hmm. nak pergi ke tak nak. aku dah macam gealabah beruk. hahhaha.konpius. lagipun lawatan tu lepas habis je PSPM1, habis MUET. tapi semua org balik, cuti sem. kalau yg pergi tu kena korban sikit lah. cuti daripada 2weeks jd 1 weeks je.  aku pikir pikir lah kan. sekalitu lecturer plak  tanya. so, mcm dh hint hint kat aku je kan .Aku pilih jalan yg Allah tetapkan. hehhehe. pergilah jumpa kauselor, ckp gantikan kawan aku. Kauselor siap psycho aku lagi. ciss. dia tanya aku tk sayang cuti ke ape lah. aku ckp lah tak, lagipun aku tk holiday mana pon. woi, dapat Elaun siott. hahahh, tapi tak kisah pon sebab aku nak gi lawatan tu je . hehhee. 

struggle lah aku minggu PSPM 1. + MUET bagi student PST sem1 &PDT sem3
 Dah lah kena stay sehari lepas MUET tu. Aku nak balik, Felo tak kasi pulak dah, tinggal lah budak 65 orang. dah lah blok gelap gila. stay satu blok je. lelaki satu blok, perempuan satu blok. seram dohh. satu arastu berapa je manusia ada. hahhaha. pikir ke lain dah time nak tido tu. takut punya pasal aku tumpang bilik kawan aku. 
bangun awal gila. sebab semangat gila. hahaha. teka ah pukul berapa bangun, takut kena tinggal bas. 
PUKUL 4 PAGI. tu pon ramai dh siap mandi. excited sangat lah kan. packing smua barang luggage nya.pehhh. Barang aku lah rasanya paling banyak. HAHhahha.


Subuh yang indah bagiku.. kabus macam dekat cameron gittew..
siap breakfast, beratur cg panggil nk bagi grouping naik bas. Berdiri tepi tiang. And, aku harap dpt bas perempuan semua. boleh buat mcm mcm kan. bebas sikit. Dan dan je aku bangun, cg datang dekat aku. 

Cg.A : haaa. start dari awk. Kira sampai 10. 
Aku :  1..2..3..4.........10... *dalam hati, yeayy. bas awal.mesti pompuan semua. *gelak jahat *
Cg.A :  Okay, yg sepuloh perempuan ni ikut saya, naik Bas. A. gabung dengan lelaki. 
Aku : WhattttttThe??????!!!!! Apakah ini takdirku?? meroyan lah aku kejap. hahhaha. nampak tak. aku berangan. tk dapat.huwaaaaa...
dan aku penuh pasrah naik bas. ceittt... 

Dapat seat pulak... cubakau tengok. yg kat belakang aku semua sarang kumbang tak guna. hahahah. perangai sekor sekor ya Ampun. nasib baik diorang baik tau". so aku tk menyesal lah duduk bas tu. seat belakang sekali. And jenis aku ni, kalau tak kenal org akan ckp sombong, garang. sekali kenal sian ko kena layan aku. hehhe. 

*Yg belakang tu, nama dia Syidi". say HYE" dia ni paling kelakor. jadi geng ah aku dgn budak lelaki semua. Dia memang suka photo boom kalau aku selpi ke amek gambo ke. annoying lah belaka budak laki ni..



1st Day  

yeayy. Finally arrived at perak. 
Taklimat  daripada UPSI . 


settle dekat UPSI. Siapa yg berminat nak jadi cikgu, boleh lah yer amik pendidikan dekat UPSI. satu satunya Universiti pendidikan. :D

 Next tour... Pulau Pinang!!!! Here we go!

 pukul 2Pagi sampai ke KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG.
Cg bagi Group. Tidur satu rumah Felo satu Group. peh... tingkat tinggi mak aihh..
KMPP ni beso gedabak. yerlah kolej matrik yg lama dah kan.. lawa lawa jugak lah site matrik dia.

***kita selfie duluann. hikss. tema biru gittew"
terima kasih tuan rumah sudi menumpangkan kami 3hari, 2 malam . free of charge kata omputih.  siap tilam ade sarung lagi haa.



***2nd day trip :

ke  USM lah kita...
taklimat dan round round satu Universiti. sempat lah singgah library dia. pehhh daebak wehh.







kami kalau bergambar memang nombor satu lah kan. hahahah.

Next tour kawasan Pulau Pinang yowww... aku eksaited sikit lah kat Pulau Pinang ni. sebab tak  pernah Pergi. Pernah pon lalu je. hhuhhuu..
 kami ke Padang Besar.  Sesuai lah untuk mereka mereka yg suka shopping. lagi lagi Mak Mak kan. hhahaha. aku pon beli baju, ole ole untuk member dgn Family. banyak jugaklah habis pitih. By the way, aku bawak RM300 je tau. plus duit elaun. fuhhhh. jimat cermat la kalau rambang mata tu. huhuuu. Habis jalan kawasan Padang Besar dgn tempat ape tah tak ingat. Kami pon pulang lah ke pangkal jalan. Balik ke KMPP.


LAST DAY IN PENANG.  IN KMPP .


WELCOME TO PINANG HILL.

Bye jambatan Pulau Pinang. huhuu. 


HELLO PINANG HILL YG CANTIKKKKK. OMG, VIEW DIA LAWA GILAAA. SIS KENOT MOVE ON. HIHU.. Sebab kami on Trip, guna package harga student, dapat lah murah. kalau tak, korang kena tunggu line panjang . Lagi lagi holiday. memang full guys..  tapi harga nak naik tu memang worth it lah kan. tempat cantik. just makanan maheii.



orang macam aku memang suka lah view camni. rasa nk tidur je kat sini wehh.  nampak macam macam dari atas. sesuai nak honeymoon.hahha..



jangan cari aku dalam gambar atas. aku kena buli amek gambar. kuaja kan belaka?? hhuhu.











"geng menggila. "  mana mana pergi mesti berlapan. hahhaa. 


*aku tak kisah siapa pun kawan aku. latar belakang dia. yg aku tahu, aku nak kan keikhlasan.

Alhamdulillah, hajat tercapai.


so, LAST BUT NOT LEAST.
Next Trip..............  KELANTAN, HERE I COME!..

before ke KMK, kami singgah Pasar Siti Khadijah dengan Pasar Payang. Cikgu bagi masa lama pulak dah suruh lepak  kat sini. sbb last tempat. haa.. ni tempat favourite smua ni. beli macam tak ingat dunia. huhuhuu.. habis banyak ah duit wehhh..


KALI NI, KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN(KMK)  PULAK JADI TUAN RUMAH.

PEHHH. yg ni, matrik baru gilaaa. bilik dia lawa gila wehh. baru sangat bukak tahun 2014 first batch.  tapi kawan aku buat gila bgtahu ada Charlie banyak pulak dah.Tak tenang ah aku nak tidur.

* subuh pun menjelang"...
pagi kami free sikit.yerlah. last day.
aku dgn geng aku pon, ape lagi. amek timing pergi round KMK ah. last dan first time dtg kan.

siap round, boleh pulak jumpa budak laki, geng kami. hahaha. jodoh wehh. makan lah sekali. otai sungguh la kami ni kan.. ikut suka hati je buat benda.

singgah solat di Masjid Beijing.. amek site lawa selfi sekali. hahaha.. acah acah oversea sikit. "










macam sarang tikus kan, belakang tu. hahaha. jgn pilih jadi calon somi yg pergi trip ni. kantoi perangai sorang sorang.


yaaa... dan bertolak pulang ke KMPh.
Alhamdulillah, safely arrived. banyak lah buah tangan aku bawak balik. sampai tak cukup tangan nak bawak. sampai 1Pagi. balik lah ke blok dengan mengantuknya, dengan penatnya.. tapi Pengalaman yang seriously best sangat. memang bersyukur gila dapat peluang pergi sebab ramai yg nak pergi.
***GIVE THANKS TO ALLAH S.W.T**





NI SIAPA NI ATAS NI?? 
hahhahaa,. sungguh, dalam bas tu dengar suara kami yg kat belakang ni je bising. geng jahat kan.. 








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen